AMALAN AYAT MANZIL


'MANZIL' mengandungi beberapa ayat al-quran yang mempunyai makna dan manfaat yang baik jika diamalkan dengan penuh istiqomah dan tawajjuh (Khusyuk dan menumpukan perhatian kepada Allah SWT) oleh pengamalnya dengan niat untuk menghindarkan diri dari gangguan sihir, makhluk halus, malapetaka buruk, penyakit rohani-jasmani dan lain-lain lagi.

Ianya diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat sebagai shifa'(penawar) dan doa juga kepada Allah SWT. Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat di dlm kitab "HAYATUS SAHABAH" (JLD 3, MS 374) yang dikarang oleh as-syeikh al kabir maulana yusuf rahmatullah di mana Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmizi.

Ayat Manzil boleh di amalkan pada setiap masa, di cadangkan pada ketika pagi dan petang. Ikhtiar untuk penyembuhan kepada diri sendiri boleh dilakukan dengan mengamalkan membaca ayat-ayat manzil. Selain itu, org lain boleh membacakan dan menghembus di atas air, kemudiannya air tersebut diminum oleh pesakit.

Dapatlah di simpulkan Fadilat / Kelebihan utama amalan ayat Manzil ini:-

1. Mengelakkan dan menyembuhkan penyakit akibat sihir, gangguan jin dan syaitan.

2. Melindungi pengamal dan kaum keluarganya daripada bahaya makhluk halus,
    penjahat dan binatang buas.

3. Rumah dan harta benda pengamal dilindungi.


AYAT - AYAT MANZIL


Surah Al-Fatihah


Surah al-Baqarah 1 - 5


Surah al-Baqarah 163



Surah al-Baqarah 255




Surah al-Baqarah 256




Surah al-Baqarah 257




Surah al-Baqarah 284 - 286







Surah al-Imran 18





Surah Al-Imran 26 - 27




Surah Al-A'raaf 54 - 56





Surah Al-Israa' 110 - 111





Surah Al-Mu'minuun 115 - 118



Surah Asy-Syafaat 1 - 11



Surah Ar-Rahman 33 - 40



Surah Al-Hasyr 21 – 24





Surah Al-Jinn 1 - 4



4 Qul






Hakikatnya, perlu sama-sama kita ingat bahawa apa sahaja amalan kita adalah untuk mengharap rahmat dan keredhaan Allah SWT. 
Perteguhkan keimanan dan keyakinan terhadap Allah sebagai asbab mendapat perlindungan dan rahmat dariNya. Semuanya adalah Dengan Izin Allah!

~Amalkan yang baik, dan Baiki amalan… ~

4 comments:

  1. terbaik.. terima kasih atas perkongsian. moga bermanfaat bt semua

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian.Moga Allah membalasmu dengan kebaikan..Aaminn ya Rabbal Alamin..

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah terima kasih.. saya mohon amalkan ya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.