AYAT MANZIL DAN TERJEMAHAN


Zaman sekarang ni macam-macam kes melibatkan sihir dan buatan orang. Hasad dengki akibat pujuk rayu nafsu dan syaitan menjadikan manusia lupa bahawa Allah swt adalah tempat untuk kita berserah. Kerana hal sedikit pun, hati yang hitam dan kotor akan sentiasa mencari jalan gelap untuk membalas dendam. Orang yang tidak bersalah juga boleh menjadi mangsa keadaan. Kerana pangkat, darjat, harta, rupa, orang lain lebih, kuasa, cemburu, perkahwinan, dendam, iri hati, populariti, penyakit hati dan macam-macam asbab lagi menjadikan manusia lupa pada satu hari nanti mereka akan diadili atas setiap tindakan mereka semasa hidup dimukabumi ini.

Bila cakap pasal sihir, buatan jahat manusia dan syaitan ni, ayah aku selalu pesan nak elakkan benda-benda ni semua kena banyakkan membaca Al-Quran dan dekatkan diri dengan Allah swt. Kalau dalam keluarga pula, sejak zaman aku kanak-kanak dulu sebelum masuk alam sekolah dah kena berhimpun adik beradik satu keluarga setiap malam dan mengaji di depan ayah. Antara surah bacaan amalan adalah yasin, al mulk dan ayat 20. Manakala petang hari Ahad dan Khamis pula ayah mengetuai bacaan Maulud. Ok bercerita pasal Ayat 20 ni actually ayah yang sebut nama dia ayat 20...kami ikut saja masa tu. Ayah bagitahu kalau kita amalkan kita akan terhindar dari angkara jahat syaitan dan manusia. Masa mula2 amalkan ni hanya baca dalam sehelai kertas saja, masa aku darjah 5 dah advance sikit so baru aku compile dan buat cover dan lekatkan ayat 20 tu di cover buku latihan lama. Maka terhasillah kreativiti aku semasa berusia 11 tahun...time ni dah rasa paling cantik dah la corak aku buat tu...

Proses compile ni dibuat disebabkan juga ayah dah tambah beberapa ayat baru untuk amalan dan kami lekat-lekatkan sekali dalam cover seperti di bawah:

Muka Depan:-


Muka dalam:-

Muka belakang:-

Di antara surah yang terkandung dalam ayat 20 ni ada 5 surah iaitu:

1) Surah al Baqarah (255)
2) Surah al A'raaf (54-56)
3) Surah Asy Syafaat (1-11)
4) Surah ar Rahman (33-40)
5) Surah al Hasyr (22-24)

Bila aku dewasa, aku berjumpa pula dengan ayat Manzil ni di mana kelebihan dia sama dengan apa yang aku pernah dengar ayah bagitahu masa kecik2 dulu. Bila diamati, semua ayat yang ada dalam ayat 20 dah ada dalam ayat Manzil ni. Jadi aku beralih ke ayat Manzil ni. Alhamdulillah lepas amalkan ayat ini, aku perasan rasa ringan nak bangun solat. Sebelum ni kadang rasa berat saja. 

Untuk info lebih tentang ayat manzil ni pada asanya 'MANZIL' mengandungi beberapa ayat al-quran 
yang mempunyai makna dan manfaat yang baik jika diamalkan dengan penuh istiqomah dan tawajjuh (Khusyuk dan menumpukan perhatian kepada Allah SWT) oleh pengamalnya dengan niat untuk menghindarkan diri dari gangguan sihir, makhluk halus, malapetaka buruk, penyakit rohani-jasmani dan lain-lain lagi.

Ianya diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat sebagai shifa'(penawar) dan doa juga kepada Allah SWT. Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat di dlm kitab "HAYATUS SAHABAH" (JLD 3, MS 374) yang dikarang oleh as-syeikh al kabir maulana yusuf rahmatullah di mana Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmizi.

Ayat Manzil boleh di amalkan pada setiap masa, di cadangkan pada ketika pagi dan petang. Ikhtiar untuk penyembuhan kepada diri sendiri boleh dilakukan dengan mengamalkan membaca ayat-ayat manzil. Selain itu, org lain boleh membacakan dan menghembus di atas air, kemudiannya air tersebut diminum oleh pesakit.

Dapatlah di simpulkan Fadilat / Kelebihan utama amalan ayat Manzil ini:-

1. Mengelakkan dan menyembuhkan penyakit akibat sihir, gangguan jin dan syaitan.

2. Melindungi pengamal dan kaum keluarganya daripada bahaya makhluk halus,
    penjahat dan binatang buas.

3. Rumah dan harta benda pengamal dilindungi.





Ayat manzil ni aku dengar dari kawan-kawan semasa aku menuntut ilmu dulu kata mereka kalau amalkan lebih 40 hari akan ada lapisan cahaya meliputi tubuh pengamalnya untuk melindungi daripada bahaya sihir dan makhluk halus kerana hanya makhluk halus yang dapat melihat lapisan cahaya tersebut dan menjauhinya (yang ni tak pasti sahih atau tak, tawakal dan serahkan kepada Allah swt).
 
Hakikatnya, perlu sama-sama kita ingat bahawa apa sahaja amalan kita adalah untuk mengharap rahmat dan keredhaan Allah SWT. Perteguhkan keimanan dan keyakinan terhadap Allah sebagai asbab mendapat perlindungan dan rahmat dariNya. Semuanya adalah Dengan Izin Allah!

~Amalkan yang baik, dan Baiki amalan… ~



TERJEMAHAN AYAT








5 comments:

  1. Insha Allah supaya kita sentiasa mengamalkannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya zumal, semoga kita istiqomah dalam amalan dan memohon perlindungan dari Allah swt.

      Delete
  2. Assalamualaikum admin boleh saya nak screen shoot ayat ayat dalam blog ni

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum WBT. Terima kasih untuk perkongsian ini. Saya minta izin untuk print ye.

    Cuma saya perasan ada maksud yang tertinggal,

    Di surah Al Kafirun ada 6 ayat.

    Maksud untuk ayat terakhir tiada.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.